KELEBIHAN PETA MINDA
Pelbagai keistimewaan dan kelebihan yang dapat diperoleh daripada pengaplikasian peta minda dalam proses pembelajaran, antaranya ialah memeudahkan proses pemahaman terhadap sesuatu topik. Berdasarkan ayat-ayat dari buku dan bahasa-bahasa yang digunakan telah membuatkan kita pening untuk lebih memahami isi yang terkandung di dalamnya. Namun, melalui peta minda ini ianya dapat membantu kita untuk lebih memahami dengan lebih mendalam. Ini kerana, peta minda hanya menggunakan satu kata kunci dan memberikan cabang pemahaman yang lebih mudah tentang maksudnya. Jadi, jika tidak memahami kata kunci yang diberikan, kita dapat melihat sedikit huraian yang telah dinyatakan melalui cabang-cabangnya.
Selain memudahkan pemahaman, peta minda yang lebih ringkas dan mudah juga membantu menjimatkan masa untuk mengulangkaji pelajaran. Dengan adanya sesi ulangkaji, nota yang panjang lebar dengan isi kandungan yang belum pasti memberikan input yang sangat berguna tidak perlu dikeluarkan. Oleh yang demikian, melalui peta minda ia membantu dalam menjimatkan masa serta memudahkan dalam mengulangkaji. Sebagai contoh, apabila mengahadapi musim peperiksaan, pelajar hanya perlu membaca ringkasan nota dalam peta minda dan tidak perlu membazir masa untuk menyelak buku.
Di samping itu, peta minda membantu memudahkan melihat perkaitan antara satu perkara dengan perkara yang lain. Apabila melakar peta minda, secara tidak langsung kita telah membuat banyak perkaitan hanya dengan menggunakan satu kata kunci. Semuanya berhubung kait sekaligus memudahkan kita untuk proses pemerolehan maklumat dan proses penghafalan, tidak sama seperti dalam teks atau dalam buku yang menyukarkan kita untuk melihat perkaitan antara satu perkara dengan perkara yang lain.
Seterusnya, peta minda juga sangat baik untuk membuat suatu rumusan bagi suatu topik.Seperti yang sedia maklum, agak sukar untuk membuat rumusan bagi 1 topik yang terkandung di dalam buku dan disimpan dalam memori minda. Namun, peta minda dapat menjadikan rumusan topik menjadi lebih ringkas dan padat. Ianya memberikan impak yang sangat baik kepada memori minda kita. Ini kerana, isi-isi yang dinyatakan dalam peta minda merangkumi keseluruhan topik yang telah dipelajari.
No comments:
Post a Comment