KELEMAHAN ALAT BERFIKIR
Seperti yang diketahui, setiap perkara yang ada kelebihannya pasti ada kelemahannya. Begitu juga dengan alat berfikir yang saya pilih, iaitu peta minda, juga mempunyai kelemahan dan kekurangannya.
Antara kelemahan peta minda ialah terlalu ringkas dan hanya mengandungi sedikit huraian. Peta minda hanya memaparkan isu-isu penting serta hanya sedikit penjelasan tentang isunya. Hal ini menyebabkan apabila terlalu lama kita tinggalkan peta minda ini dan kemudian kita ingin membacanya kembali, mungkin kita tidak akan dapat memahami sepenuhnya tentang sesuatu perkara yang diterangkan dalam peta minda tersebut.
Selain itu, peta minda yang dilakar hanya boleh difahami oleh pelakarnya sahaja, tidak boleh difahami oleh orang lain. Ini kerana, pemikiran setiap manusia adalah berbeza berdasarkan kefahaman dan ingatan masing-masing. Jika orang lain yang membaca peta minda yang dibuat oleh orang lain, si pembaca tersebut mungkin tidak memahami sepenuhnya apa yang hendak disampaikan oleh si pelakar peta minda tersebut, kerana peta minda yang dilakar itu khas untuk dirinya sahaja berdasarkan apa yang dia faham tentang sesuatu topik. Huraian yang dinyatakan juga merupakan sedikit rumusan atau ringkasan tentang sesuatu yang difahaminya.
Kelemahan peta minda yang lain ialah kelihatan terlalu padat dan berserabut. Peta minda yang direka dengan mempunyai banyak cabang huraiannya kelihatan agak berselerak dan tidak tersusun. Cabang yang direka tersebut hanya berdasarkan pemahaman perekanya yang tidak kisah tentang susunannya. Maksudnya, terlalu banyak cabang dalam peta tersebut menyebabkan peta minda tersebut kelihatan agak tidak tersusun rapi serta menyusahkan diri sendiri mahupun orang lain untuk memahaminya.
No comments:
Post a Comment